Adyen Perluas Keupayaan Pemerolehan ke Malaysia Untuk Pedagang Tempatan
- Written by Media Outreach
Adyen melancarkan perkhidmatan pemerolehannya di Malaysia bagi membantu pedagang-pedagang tempatan mencapai kadar kebenaran lebih tinggi, pengalaman pelanggan yang lebih baik dan maklumat yang lebih mendalam selaras dengan peralihan pasaran Malaysia ke arah pembayaran dalam talian.
KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 06 Julai 2020 - Adyen, sebuah platform pembayaran global pilihan ramai di kalangan syarikat-syarikat terkemuka, hari ini mengumumkan peluasan keupayaan pemerolehannya yang kini merangkumi Malaysia.
Warren Hayashi, Presiden Adyen Asia Pasifik
Perkhidmatan pemerolehan Adyen menjadi pelengkap kepada platform pembayaran semua-dalam-satu yang digunakan oleh para pedagang seperti BigPay, BloomThis, Fave, Foodpanda, Love, Bonito, dan Sephora. Para pedagang dapat memanfaatkan setiap transaksi urus niaga mereka dengan sepenuhnya melalui pemprosesan pembayaran tempatan. Pengumuman ini memperluaskan lagi keupayaan pemerolehan tempatan Adyen di Asia Pasifik, susulan pelancaran di Australia, Hong Kong dan Singapura, serta disokong oleh permintaan daripada pedagang tempatan yang ingin memenuhi keperluan ekonomi Internet yang kian berkembang di negara-negara berkenaan.
"Pelancaran penyelesaian pemerolehan kami di Malaysia membuktikan komitmen kami kepada rantau ini dan terhadap keperluan pelanggan-pelanggan kami di dalam pasaran," kata Presiden Adyen Asia Pasifik, Warren Hayashi. "Dengan adanya perkhidmatan pemerolehan Adyen, para pedagang di Malaysia boleh memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan mereka selain dapat meraih manfaat daripada kadar kebenaran yang lebih tinggi dan yuran transaksi yang lebih rendah."
Dengan menggunakan teknologi yang terbaik di dalam kelasnya, dan disatukan dengan kepakaran pemerolehan yang amat mendalam, Adyen akan dapat menyediakan maklumat-maklumat pandangan mengenai peraturan tempatan, skim-skim dan kaedah pembayaran berlainan, bagi membantu para pedagang di Malaysia memberikan khidmat terbaik kepada para pembeli. Pemerolehan tempatan membolehkan para pedagang mengguna dan memanfaatkan platform bersepadu Adyen untuk memberikan pengalaman perdagangan yang menyeluruh tanpa mengira di mana pelanggan mereka memilih untuk membuat pembayaran iaitu sama ada di kedai, dalam talian atau melalui aplikasi.
Ketua Pegawai Teknologi Fave, sebuah platform pembayaran dan kesetiaan pelanggan, Arzumy MD berkata, "Adyen menjadi tonggak utama yang telah menyokong perniagaan dan teknologi kami selama ini. Keupayaan pemerolehan langsung Adyen memudahkan operasi perniagaan kami kerana ia memberikan kami kawalan sepenuhnya ke atas proses pembayaran, sekali gus membolehkan kami meningkatkan pendapatan, mewujudkan pengalaman pelanggan yang lebih baik dan menangani isu-isu pembayaran dengan lebih pantas serta cekap supaya kami dapat menumpu perhatian kepada usaha untuk memberikan pelanggan kami apa yang mereka mahu apabila mereka memerlukannya. Kami gembira kerana mempunyai rakan yang turut sama mengambil berat tentang kejayaan kami."
Adyen menguruskan keseluruhan aliran pembayaran, termasuk gerbang pembayaran, pengurusan risiko dan pemerolehan untuk para pedagang. Ini bermakna saudagar-saudagar boleh mempercepatkan langkah peluasan global bagi jenama-jenama mereka dan mengoptimumkan proses pembayaran sambil terus memenuhi jangkaan pelanggan. Adyen menawarkan penyelesaian pemerolehan tempatan di Australia, Brazil, Kanada, Eropah, Hong Kong, Singapura dan Amerika Syarikat. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pemerolehan tempatan serta manfaatnya, sila kunjungi:https://www.adyen.com/global-payment-processing.