News Agency
Men's Weekly

  • Written by Media Outreach

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 26 November 2020 - Penularan wabak COVID-19 telah menjejaskan kehidupan manusia dan  haiwan. Menurut pertubuhan bukan untung (non-profit organisation) Persatuan Perlindungan dan Peliharaan Haiwan Terbiar Skudai - Homeless & Orphan Pets Exist (H.O.P.E), kes haiwan terbiar meningkat sebanyak 30% sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Ini mungkin disebabkan oleh beban kewangan yang dihadapi oleh pemilik haiwan tersebut.

Beli untuk H.O.P.E., Pembelian penuh makna

Meluncur dari kemerosotan ekonomi, sumbangan kepada tempat perlindungan haiwan H.O.P.E yang terletak di Pekan Nenas, Johor turut menjunam. Secara purata, H.O.P.E memerlukan 1.2 tan (1,200 kg) makanan haiwan untuk menyara lebih daripada 3,000 ekor anjing and 200 ekor kucing setiap hari. Ini menelan belanja berjumlah RM140,000 setiap bulan. Sebanyak RM20,000 lagi diperlukan untuk perbelanjaan perubatan dan lain-lain.

 

Selaras dengan ini, jenama produk penjagaan haiwan kesayangan WHISKAS® dan PEDIGREE® kini bekerjasama dengan H.O.P.E. dalam melancarkan kempen "Shop for H.O.P.E." di Shopee. Kempen ini sedang berlangsung sekarang hingga 6 Disember 2020 untuk mengumpul dana untuk menampung kos pemakanan dan tempat tinggal serta program pendidikan, dan seterusnya memperbaiki kehidupan haiwan peliharaan.

 

Melalui kempen ini, pencinta haiwan dan pengguna Shopee boleh memberikan sumbangan RM10, RM20 atau RM50. Disamping itu, 10% daripada setiap pembelian melalui kedai rasmi Whiskas and Pedigree di Shopee akan disalurkan sebagai produk yang akan dipersembahkan kepada H.O.P.E.

 

Pengarah D-Dagang Nutrisi Haiwan Peliharaan Mars Petcare Asia Tenggara, Phua Fui Ching berkata, "Sering kali, kami menemui artikel, berita atau video di media sosial mengenai haiwan terbiar yang menyayat hati. Kami di Mars Petcare percaya bahawa haiwan peliharaan menjadikan dunia dan kehidupan lebih indah. Kolaborasi dengan H.O.P.E dan Shopee ini merupakan satu inisiatif yang mendokong visi kami untuk mewujudkan dunia yang lebih baik untuk haiwan peliharaan di mana mereka sihat, bahagia dan disayangi. Melalui kolaborasi ini, kami berharap untuk mengumpul sumbangan sekurang-kurangnya RM10,000 dalam bentuk makanan haiwan bagi membantu meringankan beban H.O.P.E."

 

WHISKAS® dan PEDIGREE® juga akan menawarkan baucar di kedai dengan potongan RM7 dengan perbelanjaan minimum RM70 dan potongan RM10 dengan perbelanjaan minimum RM100 untuk mendorong pencinta haiwan untuk membeli lebih banyak dari kedai. Langkah ini adalah ganjaran untuk sumbangan pencinta haiwan yang membantu mencapai sasaran tersebut.

 

Untuk maklumat lebih lanjut atau menunjukkan sokongan untuk Shop for H.O.P.E. kempen, layari https://shopee.com.my/m/hope.whiskaspedigree.

Read more

How Headless CMS Enhances Responsive Design and Layout Flexibility

Image by freepik As digital technology continues to evolve at a breakneck pace, users expect much more from content than ever before, and responsive design is crucial to ensure content not only looks but operates across all screens. No longer are... Read more

Writers Wanted



NewsServices.com

Content & Technology Connecting Global Audiences

More Information - Less Opinion