News Agency

  • Written by Media Outreach

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 13 Januari 2021 - Melangkah ke tahun baharu, pandemik Covid 19 terus memberi impak negatif kepada kehidupan di seluruh dunia -- daripada cara kita berhubung, menjalani kehidupan, malah berkerja.

MeCan Trade – Dagangan Sosial yang Pertama – Dilancarkan untuk Membantu rakyat Malaysia menjalankan perniagaan Melangkaui Sempadan Tanpa Modal Atau Risiko

Andy Goh mempamerkan pelbagai produk yang terdapat di platform MeCan Trade

Dalam laporan media baru-baru ini, pakar ekonomi menegaskan bahawa kadar pengangguran di Malaysia berkemungkinan besar lebih tinggi dan kian meningkat akibat pandemik tersebut, secara statistiknya, Malaysia mempunyai kadar pengangguran sebanyak 5% namun secara ekonomi, kadar pengangguran negara ini adalah sebanyak 30% (memandangkan penyertaan tenaga buruh kita di bawah 70%).

Kajian oleh agensi penyelidikan pasaran YouGov melibatkan 665 pekerja sepenuh masa menunjukkan sehingga 92% rakyat Malaysia yang bekerja mengalami tekanan sekiranya mereka hilang pekerjaan. Kajian itu menunjukkan bahawa 7 daripada 10 orang dipercayai mungkin sukar untuk mendapatkan pekerjaan lain dalam situasi pengangguran ini.

Apabila ditanya mengenai kebarangkalian pengangguran esok hari, 71% percaya keadaan akan menjadi "lebih sukar" untuk mencari pekerjaan lain dengan gaji setara dan faedah yang diperoleh, 40% berasa ia "agak sukar", dan 31% kata ia akan menjadi "sangat sukar".

Bagi ahli perniagaan dan pemilik runcit dalam keadaan ini kelihatan suram. Entiti perniagaan tradisional dan rangkaian kedai sukar meneruskan perniagaan.  Daripada pemain industri terbesar sehinggalah komuniti komersil mewah, setiap organisasi mempunyai keinginan untuk mencari kaedah perniagaan baru yang berpelaburan rendah dan menyediakan rumusan yang cepat & pintar untuk memperoleh pendapatan pasif atau pekerjaan untuk meneruskan pemulihan lestari.

Ramai kini memilih platform dalam talian untuk menjana pendapatan alternatif. Dengan majoriti rakyat Malaysia yang mempunyai sekurang-kurangnya satu atau lebih platform media sosial, dasaran Statista pada Januari tahun ini menunjukkan kira-kira 81% penduduk Malaysia merupakan pengguna media sosial yang aktif. Keadaan ini mencatatkan kira-kira 1/3  peningkatan berbanding tahun 2016. Ramai yang mencari peluang untuk menambah pendapatan mereka dengan memulakan perniagaan e-dagang, terutamanya bagi generasi milenium dan pakar bijak pengguna telefon pintar.

Sehubungan itu, kunjungi MeCan Trade -- platform 'Dagangan Sosial yang Pertama'' di Malaysia, hasil ciptaan Encik Andy Goh (bekas pengasas OldTown dan kini pemilik rangkaian restoran Nam Heong).  Andy menjelaskan bahawa e-dagang cukup berjaya, terutama ketika pandemik ini. "Daripada perspektif perniagaan, cara tradisional menjalankan perniagaan semakin sukar -- ia membabitkan persaingan kuat, kualiti produk dan urusan logistik. Terdapat perubahan paradigma dalam kecekapan teknologi & data besar bagi membina semula dan mengubah keadaan dinamik perniagaan yang terjejas untuk menempuh situasi pandemic yang sukar ini," kata Goh.

Bernilai RM30 juta untuk menyediakan infrastruktur digital, MeCan Trade bermaksud "#EveryoneCanTrade". "Nilai utama MeCan Trade adalah untuk berkongsi kemajuan teknologi untuk memperbaiki, meningkatkan dan mencipta semula idea perniagaan baru. Kami sememangnya sudah memiliki segala sumber sedia ada, anda hanya perlu bekerjasama dan melaksanakannya," tambahnya.

Menerusi gabungan kreativiti, daya saing dan teknologi, Goh percaya bahawa usahawan tempatan mampu melangkau sempadan konvensional. MeCan Trade juga mempunyai rangkaian yang mantap dalam kalangan peniaga sekutu yang berupaya untuk mengurangkan kos operasi, logistik dan pemasaran. Tiada modal permulaan atau penyimpanan stok diperlukan -- ahli-ahli duta hanya perlu  mengkongsi e-kedai yang telah direka secara automatik,  pilih produk asli pada platform MeCan Trade yang sedia-ada secara serta merta terus dari pihak Pengeluar atau Pengedar Bertauliah.

MeCan Trade berasas dalam tiga kategori utama -- penjual (pengeluar atau pemilik jenama), pembeli dan duta atau lebih dikenali sebagai Ambassador.

Penjual/Pemilik Jenama : Pemilik Jenama kini mempunyai platform bagi menjalankan pemulihan perniagaan, mengumpul data, memperoleh alat dan sumber system mencukupi untuk memulakan perniagaan dengan segera, tanpa dibebani dengan perbelanjaan yang besar. Peranan penjual sememangnya jelas; senaraikan produknya di MeCan Trade dan menggunakan sistem yang memberikan ketelusan, kawalan harga produk, alat pemasaran dan pentingnya, capaian maksima pada lebih daripada 1000 sumber rangkaian tenaga untuk menjual barangan anda.

Pembeli -- Pilihan pembelian pukal secara berperingkat, dimana MeCan Trade akan menghubungkan pembeli yang berminat kepada pengeluar yang jujur, selamat dan boleh dipercayai.

Duta/Ambassador - Duta MeCan Trade mampu memperoleh pendapatan pasif dan menjadi usahawan menerusi hubungan secara langsung dengan sumber produk.

MeCan Trade membolehkan anda memiliki perniagaan anda sendiri dengan memberi e-kedai peribadi anda hanya dengan beberapa klik secara percuma. Anda berpeluang untuk membuat pilihan luas, produk asli, terus daripada pemilik produk atau kilang. Hanya kongsi produk pilihan anda di laman sosial anda kepada rangkaian atau rakan-rakan ataupun kenalan anda untuk menjana pendapatan dari produk tempatan atau antarabangsa. Tiada risiko, tiada modal, 100% produk asli, percuma sepanjang hayat. Semua peruntukan stok/produk, kaedah inventori/bayaran, logistik, sistem penghantaran dan sebagainya daripada mula hingga akhir akan diuruskan oleh MeCan Trade untuk Duta/Ambassador.

Meskipun beroperasi secara dalam talian kira-kira setahun yang lalu, Mecan Trade kini menyokong lebih daripada 200 pemilik jenama dan pengeluar dengan lebih daripada 2,000 produk asli sedia ada dan jangkauan lebih daripada 1,000 duta/Ambassador yang kian meningkat.

"Pada akhir tahun hadapan, kami berhasrat untuk mendaftar lebih daripada 5,000 duta dan sekurang-kurangnya 20,000 produk pada platform kami."

Baru-baru ini, MeCan Trade telah melancarkan Program #MeCanBoss yang akan berlangsung sehingga Disember 2022 dengan jumlah pelaburan bernilai sehingga RM15.75 juta untuk memupuk usahawan dagangan sosial.

"Kami menyediakan peluang kepada usahawan tempatan yang mempunyai keazaman untuk memperoleh pendapatan pasif melalui perniagaan secara dalam talian dengan produk yang asli daripada Pengeluar atau Pengedar Bertauliah. Pemilik perniagaan atau individu yang berminat untuk menyenaraikan produk mereka atau menyertai kempen ini boleh mendaftar di platform rasmi MeCan Trade kami," menurut Goh.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.mecan.trade atau hantarkan e-mel kepada customercare@mecan.trade

Read more

The Ultimate Guide to Pet Grooming Services in NSW

In the heart of New South Wales (NSW), where the bustling city life meets the serene landscapes, the pet grooming industry is not just thriving; it's revolutionising the way pet parents pamper their furry family members.  With a profound understanding that... Read more

Writers Wanted



NewsServices.com

Content & Technology Connecting Global Audiences

More Information - Less Opinion