News Agency
The Times Real Estate

  • Written by Media Outreach

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 14 OKTOBER 2020 - Keputusannya sudah tiba! YouTube merupakan sebuah platform di mana siri pendidikan inovatif baru disiarkan, yang dikenali sebagai "Berdagang Bersama Bintang". Rancangan yang menggandingkan selebriti terkenal Malaysia bersama OctaFX, broker terkemuka di Asia, di mana mereka menguji keupayaan perdagangan Forex mereka.

Selebriti melawan kanser melalui berdagang dengan OctaFX

Selebriti menarik ini termasuk Harris Annuar; Yasmin Hani; influencer fesyen, Andre Amir; pencipta kandungan, Rhys William; dan pelatih kecergasan selebriti, Kevin Zahri telah ditugaskan untuk mempelajari selok belok berdagang. Pedagang Pakar Gero telah diberi tanggungjawab besar untuk menjadikan blogger dan influencer ini menjadi pedagang yang dapat meraih keuntungan.

 

Siri ini termasuk enam episod yang menghiburkan di mana bintang-bintang ini mempelajari asas berdagang. Dalam setiap episod, selebriti ini menyelitkan personaliti mereka sambil mempelajari seberapa banyak maklumat yang boleh untuk menjadi pedagang hebat. Hasil kutipan keuntungan mereka akan didermakan kepada tabung kebajikan Malaysia.

 

Apa yang paling menakjubkan dalam projek optimistik ini adalah, walaupun selebriti-selebriti ini kekurangan pengalaman, mereka mencapai kejayaan yang mengagumkan. 10,000 USD, dengan bantuan OctaFX, telah didermakan kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM).

 

Persatuan NCSM bermula pada tahun 1966 dengan matlamat untuk memberi harapan kepada mereka yang terjejas teruk akibat penyakit ini. Oleh kerana bulan Oktober merupakan Bulan Kesedaran Kanser, tiada organisasi kemanusiaan yang lebih layak untuk menerima derma sebanyak 10,000 USD ini.

 

Selebriti-selebriti ini menyuarakan keprihatinan mereka dengan berkata, "berdasarkan apa yang telah kami dagang dan laburkan, kami juga menderma kepada NCSM sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial kami."

 

Siri "Berdagang Bersama Bintang" merupakan satu kejayaan luar biasa, menerima pujian yang tinggi dan maklum balas positif. Apabila selebriti-selebriti ini merenung kembali usaha mereka, mereka berpuas hati dan bersedia untuk menangani cabaran seterusnya.

 

Anda boleh belajar untuk berdagang seperti bintang dengan Gero di Saluran YouTube OctaFX dalam bahasa Malaysia.

Read more

6 Trusted Content Writing Agencies in Utah to Enhance SEO Results

Quality content is one of the very important factors that you can improve when it comes to SEO results. Not only does content serve to inform and engage your audience, but also the fact that it will allow your website... Read more

Writers Wanted



NewsServices.com

Content & Technology Connecting Global Audiences

More Information - Less Opinion