News Agency

  • Written by Media Outreach

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 21 Oktober 2020 - MSIG Insurance (Malaysia) Bhd "(MSIG Malaysia)", menyalurkan RM20,000 untuk membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menambah stok bekalan perubatan dan Peralatan Perlindungan Diri (PPE) untuk kakitangan penjagaan kesihatan barisan hadapan di Sabah.

 

Encik Chua Seck Guan, Ketua Pegawai Eksekutif MSIG Malaysia, berkata, "Sabah berada di barisan hadapan dalam lonjakan kes COVID-19 terkini di Malaysia dan kakitangan penjagaan kesihatan barisan hadapan di negeri ini telah berdepan dengan tekanan yang amat berat selama beberapa minggu ini. Sebagai warga korporat Malaysia, kami amat prihatin dengan kesejahteraan rakyat Malaysia pada masa susah dan senang, justeru kami merasakan kami perlu menjalankan tanggungjawab kami untuk membantu pasukan di Sabah yang tidak sedikit pun berasa gentar, mempertaruhkan kesihatan mereka sendiri demi memastikan keselamatan kita semua. Kementerian Kesihatan Malaysia telah berusaha tanpa mengenal penat lelah untuk membendung penularan virus tersebut, jadi kami ingin melakukan sesuatu yang dapat mengurangkan sebahagian beban KKM, terutamanya di Sabah yang sedang berdepan dengan cabaran COVID-19 yang paling berat."

 

MSIG mempunyai hubungan yang kukuh dengan Sabah, membuka pejabat pertama di negeri ini di Kota Kinabalu pada tahun 1965. Sejak itu syarikat telah membuka cawangan tambahan di Tawau dan Sandakan bagi memperkukuhkan lagi hubungan yang telah terjalin sekian lama dengan pemegang polisi di Sabah.

 

En. Chua merumuskan, "Kami berharap sumbangan ini dapat memberikan perubahan yang ketara di Sabah. Kami percaya bahawa semua rakyat Malaysia, individu dan organisasi, boleh memainkan peranan untuk mengurangkan beban sistem penjagaan kesihatan kita dengan mengikuti garis panduan KKM dan berusaha sedaya upaya untuk mengurangkan penularan virus tersebut."

 

Sumbangan RM20,000 ini adalah sumbangan terkini MSIG Malaysia setelah membuat beberapa sumbangan berkaitan COVID-19 sebelumnya semasa pandemik ini. Pada bulan Mac syarikat dengan segera telah menyalurkan RM170,000 kepada KKM untuk membantu pembelian PPE yang sangat diperlukan, semasa gelombang awal COVID-19 di Malaysia.

 

MSIG Malaysia juga telah memperkenalkan manfaat tambahan kesulitan COVID-19 untuk produk Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) dan Kemalangan Diri, dan menjadikan proses tuntutan insurans motor lebih mudah dan cepat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Bersama dengan Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA), syarikat telah menyumbang kepada Dana Ujian COVID-19 (CTF), satu usaha bernilai RM8 juta bagi menyokong KKM dalam usahanya menjalankan lebih banyak ujian COVID-19 untuk rakyat Malaysia.

Read more

Comfort and Style with Crocs Australia Top Quality Footwear for All Ages

Crocs Australia is a prominent footwear corporation branch based in Australia known for its unique, comfortable, lightweight, non-slip footwear style. They offer a wide range of products including clogs, sandals, and boots for all ages, using Croslite material for comfort... Read more

Writers Wanted



NewsServices.com

Content & Technology Connecting Global Audiences

More Information - Less Opinion