News Agency

  • Written by Media Outreach
  • Bantuan Dana Sokongan ditawarkan secara eksklusif untuk pelanggan polisi perubatan AXA AFFIN Life Insurance
  • Pelanggan yang terkesan akibat COVID-19 akan mendapat akses kepada dana yang berjumlah RM200,000*
  • Bagi menggalakkan kadar vaksinasi, dana ini juga turut melindungi sebarang komplikasi atau kesan sampingan vaksinasi.

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 17 June 2021 - Lonjakan bilangan kes COVID-19 di Malaysia baru-baru ini telah mendorong AXA AFFIN Life Insurance Berhad untuk meneruskan sokongan terhadap keperluan pelanggannya dengan menawarkan Bantuan Dana Sokongan COVID-19. Diperkenalkan pada Februari 2021, Bantuan Dana Sokongan kini menggandakan jumlah dana sehingga RM200,000, eksklusif buat pelanggan polisi perubatan AXA AFFIN. Dana berkenaan akan diberikan tanpa sebarang kos tambahan kepada pelanggan yang terkesan akibat COVID-19 atau mereka yang mengalami komplikasi atau kesan sampingan selepas menerima vaksinasi COVID-19.

 

Dana ini tersedia mulai sekarang sehingga 31 Ogos 2021, atau sehingga dana diagihkan sepenuhnya, yang mana terdahulu.

 

Peruntukan dana ini adalah bertujuan untuk menyokong kesihatan dan kesejahteraan pelanggan AXA AFFIN Life Insurance dengan memberikan bantuan segera dalam bentuk bantuan tunai.

 

Sokongan percuma ini menawarkan bantuan tunai*, termasuk:-

  • Bantuan tunai RM1,000 jika dikuarantin di pusat kuarantin yang ditetapkan oleh kerajaan akibat COVID-19
  • Bantuan tunai RM2,000 jika dikuarantin di hospital kerajaan atau swasta akibat COVID-19
  • Bantuan tunai RM10,000 untuk ahli keluarga terdekat pelanggan jika Kematian akibat COVID-19**
  • Bantuan tunai sehingga RM10,000 sekiranya dimasukkan ke wad ICU akibat COVID-19***
  • Bantuan tunai RM2,000 jika mengalami strok akibat kesan sampingan vaksinasi COVID-19****
  • Ujian PCR COVID-19 PERCUMA bernilai RM190

"Kami menawarkan dana ini kerana kami tahu ianya sangat bermakna kepada pelanggan kami. Bantuan ini amatlah penting untuk diberikan kepada pelanggan kami dengan kadar segera bagi meringankan bebanan dan keresahan yang perlu ditanggung oleh mereka sekiranya kesihatan mereka terjejas akibat jangkitan atau vaksinasi COVID-19," kata Ketua Pegawai Bertugas AXA AFFIN Life Insurance Berhad, Kelvin Wong.

 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.axa.com.my atau hubungi ejen AXA AFFIN Life Insurance yang berdekatan dengan anda.

*Tertakluk kepada Terma & Syarat.

**Bantuan Tunai RM10,000 untuk Kematian akibat COVID-19 akan berakhir pada 30 Jun 2021.

***RM10,000 untuk pemegang polisi perubatanbukan saluran digital dan RM3,000 untuk pemegang polisi perubatan saluran digital.

****Vaksin tersebut mestilah yang dibenarkan atau berasal dari Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Malaysia dan mesti diberikan di dalam Malaysia. Kesan sampingan mestilah dalam tempoh 14 hari selepas vaksinasi itu diberikan.

Read more

Comfort and Style with Crocs Australia Top Quality Footwear for All Ages

Crocs Australia is a prominent footwear corporation branch based in Australia known for its unique, comfortable, lightweight, non-slip footwear style. They offer a wide range of products including clogs, sandals, and boots for all ages, using Croslite material for comfort... Read more

Writers Wanted



NewsServices.com

Content & Technology Connecting Global Audiences

More Information - Less Opinion