Waran Indeks Hang Seng Pertama oleh Kenanga
- Written by Media Outreach
Sedia melonjakkan aktiviti dagangan pedagang
KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 5 Ogos 2021 - Waran berstruktur Indeks Hang Seng ("HSI"), iaitu HSI-CIW dan HSI-HMO, yang dikeluarkan oleh Kenanga Investment Bank kini telah disenaraikan di FBMKLCI.
Pelancaran ini menandakan aktiviti pertama Kenanga dalam penawaran pendedahan ke pasaran Asia Timur kepada pelabur melalui waran berstruktur di Pasaran Utama. HSI ialah penunjuk prestasi terunggul di Bursa Saham Hong Kong ("SEHK") yang merupakan pengendali saham keempat terbesar di dunia.
Indeks Hang Seng menjejak prestasi kira-kira 50 saham paling besar dan cair di pasaran Hong Kong termasuk nama-nama global seperti Alibaba Group, Meituan, HSBC, Xiaomi, Tencent, Henderson dan Sino Biopharm.
Pelancaran ini bakal menarik minat pelabur yang mempunyai keupayaan mengambil risiko yang lebih tinggi memandangkan keadaan makroekonomi kini mewujudkan peluang perdagangan yang lebih besar di HSI.
"Di Nagawarrants oleh Kenanga, komitmen kami adalah untuk menyediakan instrumen kewangan yang direka bentuk dengan teliti yang menawarkan pelbagai pendedahan kepada pelabur mengikut pilihan risiko dan pulangan mereka. Permintaan harian yang tinggi terhadap waran semasa kami jelas menunjukkan bahawa kami berada pada landasan yang tepat dengan penyediaan perkhidmatan kepada pelanggan yang mengutamakan waran berkualiti dan keuntungan berbanding dengan kuantiti. Inilah sebabnya kami meluaskan terbitan waran kami untuk memasukkan waran Indeks Hang Seng.
Fokus bersepadu kami terhadap pendidikan dalam talian, alat perdagangan yang canggih, keupayaan membaca trend pasaran yang boleh dipercayai dan kecairan membolehkan pelabur membuat pelaburan yang menguntungkan serta berdasarkan maklumat" jelas Philip Lim, Ketua Derivatif Ekuiti di Kenanga Investment Bank.
Bersempena dengan pelancaran ini, Kenanga Investment Bank akan menganjurkan webinar Waran Indeks Hang Seng yang pertama dengan kerjasama Bursa Malaysia pada hari Sabtu, 7 Ogos 2021.
Webinar tersebut akan menampilkan En Azhar Mohd Zabidi dari Bursa Malaysia, Cik Isabelle Zhen dari Kenanga Investment Bank dan En Johan J. Lee, pakar waran Indeks Hang Seng dari Hong Kong. Dalam webinar ini, para peserta akan dapat mempelajari Waran Indeks Hang Seng dan pada masa yang sama, berpeluang untuk memenangi hadiah yang ditaja oleh Garmin Malaysia.
Waran berstruktur lazimnya digunakan untuk menjanakan wang daripada volatiliti pasaran. Pelabur bulis lazimnya membeli waran panggilan untuk meraih manfaat daripada aset keutamaan yang sedang mengalami kenaikan sementara pelabur bearis akan membeli waran put untuk meraih manfaat daripada aset keutamaan yang sedang mengalami kejatuhan.
Waran ekuiti tempatan Kenanga merupakan instrumen perdagangan paling popular di Malaysia, seperti yang terbukti menerusi anugerah "Best Structured Warrants Issuer 2020" yang diterima daripada Bursa Malaysia, yang mencakupi lebih 25 peratus daripada pusing ganti waran pada tahun 2020.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Kenanga, sila layari www.kenanga.com.my