News Agency

  • Written by Media Outreach

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 24 Januari 2022 - MSIG Insurance (Malaysia) Bhd "(MSIG Malaysia)", telah bekerjasama dengan Food Aid Foundation (FAF), sebuah organisasi bukan untung bukan kerajaan (NGO) yang mengumpul dan mengagihkan makanan ke rumah kebajikan, pertubuhan kebajikan sukarela, keluarga berpendapatan rendah dan dapur amal, untuk melancarkan inisiatif 'Pledge A Difference'.

 

Sebagai sebahagian daripada inisiatif tersebut, MSIG telah menghulurkan sumbangan sebanyak RM50,000 secara langsung kepada FAF, yang mana RM10,000 disalurkan untuk membantu mangsa yang terkesan akibat banjir yang berlaku pada Disember 2021 dan Januari 2022. Syarikat ini turut menggalakkan orang ramai untuk menderma kepada badan amal tersebut atas nama Syarikat dan telah bersetuju untuk memadankan satu ringgit bagi setiap ringgit yang didermakan sehingga had RM30,000. Sebaik sahaja sasaran derma awam sebanyak RM30,000 tercapai, MSIG akan menyumbang tambahan RM30,000 kepada FAF, menjadikan jumlah keseluruhan derma sebanyak RM110,000.

 

Mengulas mengenai inisiatif 'Pledge A Difference', Ketua Pegawai Eksekutif MSIG En. Chua Seck Guan berkata, "Ia merupakan tahun yang sukar bagi banyak keluarga berikutan pandemik yang berpanjangan dan banjir yang telah memusnahkan banyak kawasan. Ramai orang telah kehilangan sumber pendapatan utama atau penjaga utama mereka akibat Covid-19, dan mengalami kerugian dan kerosakan harta benda mereka akibat banjir. Melalui usaha mengagumkan FAF, kami benar-benar ingin membantu meringankan beban mereka. Kami, sebagai syarikat insurans yang 'mengamati erti untuk setiap yang anda hargai', kami pasti pelanggan MSIG dan orang ramai berkongsi sentimen yang sama dan akan bermurah hati untuk menyumbang kepada FAF, mengambil kesempatan daripada janji kami untuk memadankan setiap ringgit yang disumbangkan dan oleh itu menggandakan kesan sumbangan mereka."

 

"Kami gembira dapat bekerjasama dengan FAF yang melakukan kerja yang amat bermanfaat. Hanya RM75 diperlukan untuk membantu satu keluarga, jadi kami berharap sumbangan awal kami, digabungkan dengan sumbangan orang ramai dan janji kami untuk memadankan sumbangan tersebut, akan mengumpul sejumlah RM110,000 untuk FAF dan ini akan membantu lebih 1,000 keluarga yang sangat memerlukan," kata En. Chua.

 

Sesiapa yang berminat untuk menderma kepada FAF dan ingin mengambil kesempatan daripada janji sumbangan padanan MSIG boleh mendapatkan panduan mengenai proses sumbangan di halaman web berikut: www.msig.com.my/about/news-media/msig-partners-with-food-aid-foundation-for-pledge-a-difference-initiative. Penderma boleh mengambil bahagian dalam inisiatif 'Pledge A Difference' sehingga 25 Januari 2022.

 

Ketua Pegawai Eksekutif Food Aid Foundation Dr Dalphine Ong berkata, "Kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan MSIG Malaysia, untuk membantu komuniti dan keluarga yang memerlukan. Kami berterima kasih atas sokongan MSIG, pelanggannya dan orang ramai atas sumbangan mereka yang bakal membawa perubahan nyata dalam kehidupan beberapa keluarga yang kurang bernasib baik yang telah dilanda musibah akibat pandemik dan kemudiannya banjir. Kami menggalakkan setiap orang, sama ada yang bergabung dengan MSIG atau tidak, untuk melawati laman web kami dan mengetahui lebih lanjut tentang usaha kami di www.foodaidfoundation.org."

 

Inisiatif 'Pledge A Difference' hanyalah satu daripada beberapa inisiatif yang telah disokong oleh MSIG dalam beberapa tahun kebelakangan ini sebagai sebahagian daripada program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang berterusan, dalam usahanya untuk menyokong beberapa Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu serta pelbagai inisiatif bantuan berkaitan pandemik dengan tumpuan bantuan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan petugas barisan hadapan bagi menghadapai krisis yang melanda.

 

Read more

Comfort and Style with Crocs Australia Top Quality Footwear for All Ages

Crocs Australia is a prominent footwear corporation branch based in Australia known for its unique, comfortable, lightweight, non-slip footwear style. They offer a wide range of products including clogs, sandals, and boots for all ages, using Croslite material for comfort... Read more

Writers Wanted



NewsServices.com

Content & Technology Connecting Global Audiences

More Information - Less Opinion