News Agency
The Times

  • Written by Media Outreach
KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 18 March 2022 - Broker Forex antarabangsa, OctaFX, baru-baru ini telah menambah 25 mata wang kripto baharu yang dipasangkan dengan dolar A.S., sedia untuk didagangkan dalam perkhidmatannya mulai 14 Mac 2022.

Seluruh pasaran mata wang kripto bergolak disebabkan tiadanya kepastian tentang arah tuju bitcoin selepas ini. Setelah pulih daripada paras terendahnya pada 34,750 dolar A.S. pada 24 Februari, mata wang kripto pertama dunia ini berada dalam gerakan mengufuk dengan aliran menaik tak berkala dengan beberapa peserta pasaran mempunyai sedikit sentimen bullish. Ketika pengumuman ini ditulis, bitcoin berlegar tinggi sedikit di atas 39,000 dolar A.S.

Sehingga baru-baru ini, OctaFX menawarkan lima mata wang kripto sahaja (Bitcoin, Bitcoin Cash, Ethereum, Litecoin, Ripple), semuanya dipasangkan secara eksklusif dengan dolar A.S. Mulai hari ini, sesiapa sahaja boleh mula berdagang mana-mana daripada 30 pasangan mata wang kripto.

Berikut adalah senarai sepuluh daripada 25 pasangan baharu yang telah ditambah oleh broker Forex global ini:

● Solana (SOL)

● Cardano (ADA)

● Binance Coin (BTB)

● Matic (MATIC/POLYGON)

● Cosmos (ATOM)

● ZCash (ZEC)

● Decentraland (MANA)

● Polkadot (DOT)

● Chainlink (LINK)

● Avalanche (AVAX).

Mata wang kripto yang baharu ini adalah antara yang tertinggi dalam pemodalan pasaran, menjadikannya pilihan yang popular untuk pedagang berpengalaman yang ingin mengelakkan ketaktentuan dan memanfaatkan peluang pasaran sepenuhnya.

Semua pasangan ini didatangkan dengan nisbah leveraj maksimum 1:25. Untuk melihat senarai lengkap mata wang kripto yang tersedia, sila layari laman web rasmi OctaFX.

Read more

Why Businesses Rely On Accountants in Melbourne For Financial Success

Managing finances effectively is essential for individuals, business owners, investors, and growing organisations. Financial decisions influence profitability, compliance, cash flow, and long-term wealth creation, making professional financial guidance an important part of successful planning. Many individuals and businesses choose to... Read more

Writers Wanted



NewsServices.com

Content & Technology Connecting Global Audiences

More Information - Less Opinion