News Agency
Men's Weekly

  • Written by Media Outreach

OctaFX menyelamatkan pusat kanak-kanak kurang upaya penglihatan di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 24 Jun 2020 - OctaFX, sebuah broker dagangan dalam talian berbilang aset, telah menyumbangkan RM 88,000 kepada St. Nicholas Home (SNH) untuk golongan kurang upaya penglihatan sebagai sebahagian daripada kempen amal mereka pada bulan Ramadan yang lalu.

 

Banyak dagangan yang berlaku setiap hari, dan OctaFX memutuskan untuk memanfaatkan kelebihan itu dengan menyumbangkan sebanyak USD 20 daripada dana mereka sendiri bagi setiap dagangan yang dilakukan sebagai sebahagian daripada kempen amal Ramadan tahunan mereka. Hasilnya begitu memberangsangkan.

 

Apabila pihak syarikat mula mencari organisasi yang layak, yang betul-betul memerlukan dana begini, mereka telah menemui beberapa artikel yang menyayat hati tentang pusat penjagaan kanak-kanak buta di Pulau Pinang, Malaysia. Pusat itu hampir ditutup, andai mereka tidak menerima dana berkenaan dengan secepat mungkin.

 

Pusat tersebut telah menghadapi cabaran besar sejak bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Seorang guru hanya dapat membantu maksimum tiga kanak-kanak yang kurang upaya penglihatan. SNH telah menghadapi kesukaran untuk membiayai gaji tiga orang guru, yang memaksa pusat sepenting itu untuk menamatkan perkhidmatan kakitangan kritikal mereka.

 

Menurut pengurus besar SNH, David Chiang, pusat itu membekalkan pelbagai perkhidmatan kepada golongan buta dan kurang upaya penglihatan, dalam lingkungan usia 2 hingga 77 tahun. Walau bagaimanapun, sejak 2018, pembiayaan sebanyak 90,000,000 daripada kerajaan Malaysia telah diberhentikan, yang memaksa mereka untuk bergantung pada bantuan masyarakat umum. PKP dan COVID-19 hampir membawa kepada penutupan SNH dan pusat penjagaan kanak-kanak mereka. Namun, bertuah sekali kerana kini mereka tidak lagi berhadapan tekanan itu, malah berupaya untuk terus beroperasi berikutan sumbangan besar oleh OctaFX.

 

Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi David Chiang, pengurus besar SNH di +60 12 4285911.

Read more

How Often Should You Visit the Dentist? Here’s What Experts Say

When it comes to having a healthy smile, perhaps the most frequently asked question is, "How frequently should I go to the dentist?" Although there's a rule of thumb that says visit the dentist every six months, the truth isn't... Read more

Writers Wanted



NewsServices.com

Content & Technology Connecting Global Audiences

More Information - Less Opinion