Selebriti Malaysia berentap di pasaran Forex dalam Youtube series OctaFX
- Written by Media Outreach
KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 14 September 2020 - Tonton personaliti paling terkenal di Malaysia dalam siri YouTube baharu, "Berdagang bersama bintang". Barisan selebriti ini terkenal dalam bidang yang berbeza dan memiliki pelbagai bakat. Walau bagaimanapun, kebijaksanaan dan kemahiran mereka akan diuji dengan berdagang di pasaran Forex.
Siri ini dikuasakan oleh OctaFX, sebuah broker dalam talian yang menyediakan perkhidmatan perdagangan Forex sejak tahun 2011. Semua episod akan tersedia di saluran YouTube mereka.
Tonton sambil Harris Annuar, Yasmin Hani, pempengaruh fesyen Andre Amir; pencipta kandungan Rhys William; jurulatih kecergasan selebriti, Kevin Zahri mempelajari selok-belok perdagangan, yang diketuai oleh Pedagang Master, Gero. Ramai yang tertanya-tanya selebriti manakah yang akan memperoleh keuntungan yang paling besar.
Terdapat enam episod secara keseluruhannya, meliputi asas-asas perdangan Forex dan strategi yang lebih canggih, seperti pengurusan risiko. Dengan begitu banyak peluang untuk memperoleh keuntungan, persoalan yang ada sekarang adalah sama ada Gero boleh membentuk mereka menjadi pedagang yang paling berjaya.
Semua ini bukan hanya untuk keseronokan. Ada risiko sebenar yang perlu dipertaruhkan. Semua tekad dan kejayaan yang diperoleh para pedagang akan diberikan kepada persatuan amal tempatan, kerana semua keuntungan akan didermakan kepada organisasi-organisasi ini.
Berikut adalah beberapa coretan daripada episod pertama yang telah disiarkan, Andre Amir mengatakan "Saya mahu belajar mengenai Forex kerana saya memang sudah lama berminat dengannya. Saya juga pernah mendengar cerita tentang keuntungan orang ramai, begitu juga kerugian. Namun bagi saya, saya mempunyai keinginan untuk menjana wang. Jadi saya tidak akan melepaskan peluang untuk belajar tentang Forex."
Yasmin Hani juga mengatakan, "Impian saya adalah pada akhir program ini, saya akan mendapat pengalaman dan pengetahuan untuk berdagang secara selamat dan berhati-hati dan tidak mengalami kerugian. Serta mempermudahkan saya untuk mengawal perdagangan saya dengan lebih baik".
Jangan kemana-mana untuk maklumat lanjut mengenai kejayaan para selebriti ini. Pastikan anda memberi sokongan kepada mereka kerana semua keuntungan akan disalurkan kepada National Cancer Society Malaysia (NCSM) di Malaysia.