MSIG Melancarkan Dua Produk Insurans Penyakit Kritikal Baharu
- Written by Media Outreach
Pilihan Tambahan untuk Menyediakan Pilihan, Akses dan Pelan Mampu Milik yang Lebih Baik kepada Pelanggan
KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 3 June 2021 - MSIG Insurance (Malaysia) Bhd ("MSIG Malaysia") telah melancarkan dua produk insurans penyakit kritikal baharu. Produk-produk ini ialah EZ Plus Critical Care yang melindungi penyakit kritikal yang paling kerap dihidapi: kanser, strok, serangan jantung dan kegagalan buah pinggang; dan Cancer Care 365 yang memberi tumpuan khusus kepada kanser. Kedua-dua produk penyakit kritikal baharu MSIG ini menyediakan pembayaran sekaligus kepada pemegang polisi untuk sebarang penyakit kritikal yang dilindungi, pada tahap awal dan/atau tahap kritikal penyakit.
Walaupun kebanyakan rakyat Malaysia biasa dengan produk dan pelan insurans perubatan konvensional (biasanya yang menyediakan kad perubatan), insurans penyakit kritikal direka untuk memberikan perlindungan kewangan tambahan sekiranya mereka disahkan menghidap penyakit kritikal.
MSIG melancarkan kedua-dua produk ini untuk menyediakan perlindungan insurans penyakit kritikal bersasar dan sangat berpatutan dengan akses kepada bantuan kewangan yang akan memberi manfaat kepada lebih ramai rakyat Malaysia. Kesedaran pengguna mengenai kos penjagaan kesihatan telah meningkat baru-baru ini dan ramai orang yang sebelumnya tidak mempertimbangkan perlindungan penyakit kritikal, kini mula memahami mengapa perlu adanya perlindungan tersebut. Begitu juga, orang lain, yang mungkin sudah mempunyai perlindungan sedia ada, menyedari akan nilai dalam memperluas atau 'menambah' perlindungan penyakit kritikal mereka dengan menambah pelan MSIG yang berpatutan untuk memberikan perlindungan kewangan tambahan untuk diri dan keluarga mereka.
Insurans EZ Plus Critical Care MSIG menawarkan pembayaran sekaligus sehingga RM200,000 berserta pelbagai manfaat lain termasuk elaun pemulihan, perubatan tambahan dan perjalanan sekiranya pemegang polisi didiagnosis dengan penyakit yang dilindungi. Di samping itu, terdapat bonus tiada tuntutan tambahan yang memberikan kenaikan 10% setahun daripada jumlah permulaan yang diinsuranskan untuk setiap tahun tanpa tuntutan sehingga 5 tahun. Untuk memberi pelanggan fleksibiliti yang lebih besar dan pelan yang mampu dimiliki, insurans EZ Plus Critical Care memberi pelanggan dua pilihan pelan dengan manfaat dan kos yang berbeza.
Insurans Cancer Care 365 direka secara khusus untuk menangani kerisauan orang yang bimbang akan risiko menghidapi kanser. Produk ini menawarkan pembayaran sekaligus sehingga RM250,000 jika didiagnosis menghidapi kanser yang dilindungi. Pembayaran akan bertambah 50% lagi sekiranya pemegang polisi menghidapi kanser berkaitan jantina. Produk ini juga memberikan faedah lain seperti elaun untuk pemulihan, perubatan tambahan, pembelian data mudah alih dan pampasan untuk ibu bapa yang masih hidup sekiranya berlaku kematian akibat kanser. Di samping itu, produk ini dilengkapi dengan pilihan untuk memasukkan manfaat pendapatan hospital yang memperuntukkan elaun tunai harian apabila dimasukkan ke hospital akibat penyakit yang dilindungi atau kemalangan. Insurans Cancer Care 365 menyediakan tiga pilihan pelan kepada pelanggan yang membolehkan mereka memilih tahap perlindungan dan kos yang paling selesa bagi mereka.
Walaupun insurans perubatan konvensional melindungi perbelanjaan perubatan ketika seseorang dimasukkan ke hospital, insurans penyakit kritikal dapat memberikan sokongan kewangan tambahan untuk membolehkan mereka kembali kepada gaya hidup asal dengan cepat. Pembayaran sekaligus dapat membantu menampung perbelanjaan besar seperti kos rawatan dan terapi tambahan, yang mungkin ditanggung di luar polisi perubatan mereka, serta membantu seseorang menghadapi kemungkinan gangguan terhadap pekerjaan dan pendapatan mereka. Ini dapat membantu mengurangkan tekanan kepada kewangan dan gaya hidup bagi orang yang disayangi dan diri mereka sendiri di samping memberi sumbangan positif kepada pemulihan mereka.
En. Chua Seck Guan, Ketua Pegawai Eksekutif MSIG Malaysia, berkata; "Seperti yang kita semua tahu, kos rawatan penyakit kritikal semakin tinggi setiap tahun dan kesan yang ditimbulkannya terhadap kehidupan semakin meningkat. Malangnya, penyakit kritikal mungkin menimpa sesiapa apabila kita amat tidak menginginkannya dan tidak bersedia sepenuhnya. Sebagai syarikat insurans yang prihatin, kami ingin lebih ramai rakyat Malaysia mendapat akses kepada sokongan kewangan tambahan yang akan memberi mereka keyakinan yang diperlukan untuk mendapatkan rawatan lebih awal (yang memastikan peluang pemulihan yang lebih cerah) dan juga membantu mereka mengatasi perubahan gaya hidup yang tidak dijangka yang mungkin timbul akibat penyakit kritikal."
Beliau selanjutnya berkata, "Kedua-dua produk penyakit kritikal baharu ini direka oleh MSIG dengan mempertimbangkan pemegang polisi kami. Kami berpendapat ada ruang dalam pasaran untuk memberi rakyat Malaysia akses dan pelan mampu milik yang lebih baik apabila melibatkan perlindungan penyakit kritikal, terutamanya dengan peningkatan kesedaran akan kepentingannya sekarang. Kami ingin membuat produk baharu untuk mendorong lebih ramai rakyat Malaysia melindungi diri mereka dan mengambil manfaat daripada jenis perlindungan tambahan seperti ini. Memilih produk yang tepat tidak selalunya mudah, jadi kami ingin membawa pilihan yang lebih berpatutan dan fleksibel ke pasaran Malaysia."
Sesiapa yang berminat boleh menghubungi Penasihat Insurans MSIG atau layari halaman produk berikut di www.msig.com.my untuk maklumat lanjut.