News Agency
Men's Weekly

  • Written by Media Outreach

KUALA LUMPUR, MALASIA - Media OutReach - 17 Ogos 2021 - Broker antarabangsa, OctaFX, baru-baru ini telah mengesan strategi lanjutan penipuan pedagang. Skim penipuan baru ini telah muncul dalam komuniti Forex Malaysia.

Pastikan kewangan anda selamat: skim penipuan baru dalam perdagangan

Mereka yang melakukan aktiviti penipuan ini telah berpura-pura mewakili bukan sahaja broker dan organisasi pihak ketiga malahan juga organisasi rasmi yang dikenali ramai berkaitan dengan kerajaan juga. OctaFX telah memberi amaran kepada masyarakat umum dan mengesyorkan pedagang supaya menghubung broker melalui sumber web rasmi secara langsung sekiranya wujud sebarang kecurigaan.

Terdahulu, broker ini telah menyediakan senarai semak keselamatan yang bertujuan untuk membantu pelanggan mereka mengenalpasti laman web dan aktiviti penipuan dan menjadikan perdagangan lebih selamat. Cadangan berikut dikhususkan untuk broker tetapi turut boleh digunakan untuk aktiviti harian dalam talian.

  • Pastikan maklumat peribadi anda selamat dan jangan kongsikan ia dengan sesiapa. Jika sesiapa menghubungi anda dan meminta butiran akaun anda, besar kemungkinan ia adalah cubaan untuk menipu. Semua data anda adalah selamat di dalam akaun anda.
  • Semua pembayaran anda harus diproses melalui Ruangan Peribadi anda di laman web rasmi broker atau di dalam Aplikasi rasmi mereka. Jika seseorang meminta anda untuk membuat pembayaran melalui cara atau saluran lain, seperti aplikasi messenger atau pindahan peribadi, besar kemungkinan ia adalah satu penipuan. Jangan ragu-ragu untuk melaporkan orang tersebut kepada pihak berkuasa atau kepada Sokongan Pelanggan broker.
  • Untuk mengesahkan kesahihan halaman tempatan OctaFX, gunakan sambungan penyemak-domain mereka (cth. untuk Google Chrome untuk OctaFX). Jika nama domain adalah berbeza, maka ia adalah laman web palsu, atau seseorang telah menggunakan hak intelek secara tidak sah.
  • Apabila anda melihat logo broker dalam talian, periksa semula nama domain. Sentiasa beranggapan bahawa mereka yang melakukan penipuan ini akan menggunakan versi nama jenama yang hampir serupa untuk cuba menipu anda.
  • Berhati-hati semasa menggunakan media sosial. Akaun media sosial rasmi broker kebiasaannya disenaraikan di laman web rasmi mereka. Malangnya, beberapa akaun palsu muncul setiap hari, jadi adalah penting untuk kekal berwaspada, terutamanya semasa berkomunikasi di kumpulan Telegram atau Facebook.
  • Kekal berwaspada semasa berhubung melalui kumpulan Telegram dan Facebook yang mengaku bahawa mereka mewakili broker anda. 
  • Semak semula berita yang diterbitkan di laman web tentang tawaran istimewa dan aktiviti rakan kongsi dengan berita rasmi di laman web broker dan rangkaian sosial rasminya. Jika ia tidak dinyatakan, kemungkinan besar, anda mungkin akan ditipu.

Sumber: OctaFX

Read more

Maximising Brand Visibility with Vehicle Signage and Truck Signage

In a world where competition for consumer attention is fierce, businesses are constantly looking for innovative ways to market their products and services. One of the most powerful methods is turning vehicles into moving billboards with professional vehicle signage and... Read more

Writers Wanted



NewsServices.com

Content & Technology Connecting Global Audiences

More Information - Less Opinion