Oyen Melancarkan Platform Insurans Haiwan Peliharaan Digital
- Written by Media Outreach
KUALA LUMPUR, MALAYSIA - Media OutReach - 22 April 2021 - Rakyat Malaysia amat menyayangi rakan comel mereka malah ada yang sanggup berbelanja lebih untuk pelbagai jenis produk berkaitan haiwan peliharaan seperti hotel haiwan peliharaan, perkhidmatan penjagaan haiwan peliharaan, alat penjejakan/pemantauan haiwan peliharaan dan banyak lagi. Tetapi haiwan peliharaan juga boleh menjadi satu tanggungjawab yang besar bagi pemilik yang prihatin, jika haiwan peliharaan mereka jatuh sakit atau malangnya mengalami kemalangan.
Inilah sebabnya mengapa Oyen Sdn Bhd mencipta platform insurans digital pertama - http://oyen.my/insurans-kucing usaha kerjasama dengan MSIG Malaysia yang menaja jamin polisi insurans haiwan peliharaan ini. Platform baharu ini membolehkan pemilik haiwan peliharaan yang prihatin membeli dan menguruskan insurans perubatan untuk kucing dan anjing mereka secara digital, dengan cepat dan mudah.
Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Oyen, Kevin Hoong berkata, "Pandemik COVID-19 telah mendorong peningkatan pemilikan haiwan peliharaan di seluruh dunia. Lebih banyak orang kini bekerja dari rumah dan semakin bergantung kepada haiwan peliharaan sebagai sahabat yang juga membantu menguruskan tekanan yang mereka hadapi. Kebanyakan pemilik haiwan peliharaan baharu ini merupakan generasi millennial yang pertama kali memelihara haiwan dan lebih mahir menggunakan teknologi digital."
Di AS, Pusat Perubatan Haiwan telah menyaksikan peningkatan 25% dalam pemilikan baharu anjing dan kucing berbanding dengan tahun sebelum berlakunya pandemik. Sebilangan besar pemilik haiwan peliharaan (74%) di UK juga mengatakan bahawa haiwan peliharaan mereka telah membantu menjaga kesihatan mental ketika mereka mengharungi tempoh kawalan pergerakan.
"Sebagai seorang dewasa yang sibuk bekerja dan tinggal sendirian, pengaturan kerja jarak jauh mengehadkan interaksi fizikal saya, yang adakalanya melemahkan semangat. Saya gembira menjadikan kucing saya, Budi dan Nadi, sebagai teman untuk memastikan saya sentiasa positif. Oyen memberi saya ketenangan minda kerana saya percaya bahawa kucing saya akan sentiasa dilindungi. Yang penting - saya hanya perlukan beberapa minit untuk mendaftar dengan Oyen secara dalam talian!" Aiman Kamal, 32, pekerja bank & pelanggan baharu Oyen Sdn Bhd.
Kevin selanjutnya berkata, "Kos perubatan untuk penjagaan haiwan peliharaan boleh menjadi sangat besar dan menjadi perbelanjaan yang tidak dijangka dan tidak diingini oleh banyak pemilik sekiranya haiwan peliharaan mereka tiba-tiba jatuh sakit atau mengalami kemalangan. Itulah sebabnya kami berpendapat bahawa ini adalah masa yang tepat untuk melancarkan pilihan insurans haiwan peliharaan digital ini di Malaysia. Kami menawarkan penyertaan yang mudah terutama kepada pemilik yang pertama kali memelihara haiwan peliharaan di samping memberikan jaminan dan ketenangan minda pada masa yang tidak menentu ini."
"Ketika saya pertama kali mengambil 2 ekor kucing jalanan (Siti Kylie dan Nurul Kendall), saya bimbang dengan komitmen kewangan saya kerana saya pasti akan menanggung kos rawatan kesihatan mereka. Pernah satu masa, Siti Kylie jatuh sakit, dan saya terkejut dengan bil yang saya terima! Kini, saya boleh mendapatkan perlindungan untuk haiwan peliharaan secara dalam talian melalui Oyen dengan proses yang mudah dan semua butiran penting telah dinyatakan dalam laman web mereka dengan jelas," Jehan Omar, 31, Pengurus Projek IT, yang merupakan pelanggan Oyen Sdn Bhd.
Beberapa ciri penting dalam insurans haiwan peliharaan^ Oyen termasuk:
- Perlindungan perubatan veterinar yang tinggi di Malaysia - sehingga RM 8,000 dalam kos perubatan veterinar, yang boleh dituntut sekiranya haiwan peliharaan sakit atau cedera dalam kemalangan.
- Kos pengebumian/pembakaran sehingga RM 1,000, dan perlindungan liabiliti pihak ketiga sehingga RM 50,000.
- Pembayaran ganti kos rawatan di klinik veterinar berdaftar di Malaysia.
- Perlindungan cepat dan tuntutan yang lancar. Pelanggan boleh mendapatkan perlindungan insurans dalam beberapa minit dan mengemukakan tuntutan mereka secara dalam talian.
En. Chua Seck Guan, Ketua Pegawai Eksekutif, MSIG Malaysia berkata, "Kami gembira dapat bekerjasama dengan Oyen untuk menawarkan insurans haiwan peliharaan digital yang unik ini. Kami berharap bahawa kedudukan kami sebagai salah satu daripada sepuluh syarikat insurans am terbesar dunia, dengan operasi lebih daripada 100 tahun di Malaysia, akan memberi jaminan dan keyakinan kepada pemilik haiwan peliharaan Malaysia yang ingin menggunakan Oyen untuk menampung perbelanjaan perubatan haiwan peliharaan mereka."
^Tertakluk kepada terma dan syarat.